MESRA adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan atas inisiatif sekumpulan individu yang ingin melakukan kerja-kerja kebajikan dan mengadakan program bermaklumat kepada masyarakat




Tuesday, January 31, 2012

Kursus Photoscape & Photostory

Pada 10 dan 11 Disember lalu NGO MESRA  telah menganjurkan satu kursus mengenai Photoscape dan Photostory. Kursus tersebut berlangsung  di Sekolah Rendah Agama An-Najmi, Pengkalan Barat Ipoh di mana mendapat sambutan yang amat baik sekali. Para peserta didedahkan dengan teknik untuk menghasilkan video dan mengedit gambar secara profesional. Kretiviti para peserta ditonjolkan dalam menghasilkan hasil kerja masing-masing. Kursus ini sekurang-kurangnya dapat mengisi masa terluang  para peserta yang kebanyakannya  terdiri daripada pelajar sekolah. Mereka paling berminat untuk mempelajari perisian ini. Diharap kursus ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang. Ribuan terima kasih juga kepada seluruh tenaga kerja secara langsung atau tidak langsung untuk menjayakn kursus ini.








No comments:

Post a Comment