MESRA adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan atas inisiatif sekumpulan individu yang ingin melakukan kerja-kerja kebajikan dan mengadakan program bermaklumat kepada masyarakat




Tuesday, March 8, 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA SEDUNIA 8 MAC 2011


HARI WANITA - KEMBALI KEPADA SYARIAH ISLAM


KUALA LUMPUR, 8 Mac: Umat Islam di negara ini perlu kembali kepada syariah Islam sepenuhnya dalam menjalani kehidupan agar kesejahteraan sosial, ekonomi dan politik dapat dinikmati dalam erti kata sebenar.

Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Ustazah Maznah Daud membuat saranan itu sempena sambutan 100 tahun Hari Wanita Sedunia 2011, hari ini.

Di samping itu, katanya perjuangan pembelaan hak wanita pula hendaklah selaras dengan apa yang digariskan oleh syarak iaitu untuk memartabatkan kedudukan wanita yang benar-benar sejahtera merangkumi kehidupan dunia dan akhirat.

“Keadaan ini akan hanya dapat dikembalikan apabila syariah Islam itu dilaksanakan sepenuhnya dan manusia menjalani kehidupan mengikut apa yang telah disusun oleh Allah SWT,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau menambah, pembangunan potensi wanita mesti berasaskan kepada satu sistem nilai yang menyeluruh meliputi pengukuhkan jati diri yang juga merangkumi aspek aqidah dan pegangan hidup, akhlak, jasadiah dan insaniah.

Semua pihak, katanya perlu terus memberikan sokongan kepada kaum wanita untuk memajukan diri dalam bidang pendidikan agar wanita dapat sama-sama menyumbang dalam sektor pekerjaan.

Namun, tambahnya pada masa yang sama tidak mengambil kesempatan dan mengeksploitasi wanita dari sudut ekonomi dan kewangan.

Beliau turut menyatakan penilaian secara sepintas lalu dalam situasi Malaysia, menunjukkan bahawa kedudukan wanita di negara ini sudah jauh ke hadapan dari segi penglibatan mereka di dalam kerjaya dan pembangunan masyarakat serta negara.

Beliau berkatanya, ianya juga sekali gus menggambarkan polisi pendidikan negara dalam memberi peluang yang sama rata kepada kaum wanita untuk mendapat pendidikan, telah berjaya mendapat respon serta kesan yang positif daripada kalangan kaum wanita bagi membolehkan mereka meningkatkan keupayaan diri dan berdaya saing dalam kehidupan.

Katanya, jika kesaksamaan menjadi kayu ukur kejayaan yang diperjuangkan, dapat dilihat bahawa wanita di Malaysia telah berupaya menceburi dalam hampir kesemua bidang yang diceburi oleh kaum lelaki.

Namun demikian, ujarnya pada masa yang sama gejala sosial seperti penderaan, penindasan, keganasan, penipuan dan ketidakadilan terhadap wanita serta kanak-kanak terus berlaku dengan meluasnya.

“Tidak kurang juga mereka yang berpendidikan tinggi dan berjawatan tinggi yang turut terjebak di dalam gejala-gejala ini.

“Keadaan ini memberi gambaran bahawa kemajuan dan kejayaan material yang dicapai oleh kaum wanita masa kini yang tidak disertai dengan pembangunan spiritual tidak dapat menjamin dan tidak berupaya untuk melindungi diri mereka khususnya dan ahli masyarakat amnya dari segala bentuk ketidakadilan dan kekejaman,” katanya..

Menurutnya, walaupun wanita telah maju dari sudut pendidikan tetapi dalam banyak hal masih banyak indeks kesejahteraan wanita yang lemah.

Sekali gus, ujarnya ini menunjukkan bahawa perjuangan wanita yang hanya menekankan kesaksamaan gender di dalam semua bidang semata-mata berdasarkan pencapaian material, bagi meningkatkan martabat wanita dan mencapai keadilan tidak mencukupi untuk menjadi penyelesaiaan menyeluruh kepada isu yang dihadapi oleh wanita masa kini.

“Apa yang jelas, adalah kehidupan ummah pada masa kini dilihat makin jauh menyimpang dari landasan hidup syariah yang telah disusun oleh Allah SWT,” katanya lagi.

Monday, February 28, 2011

SEMINAR MENCARI CINTA

Semalam 27 Februari 2011 (Ahad) satu Seminar Mencari Cinta yang dianjurkan oleh Ikatan Mesra Wanita Perak (MESRA) telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Pusat Motivasi At Taqwa, Taman Meru, Jelapang. Mensasarkan remaja dan belia berumur 30 tahun ke bawah, MESRA ingin mengupas persoalan cinta dan garis panduan bercinta menurut Islam. Program seminar telah mendapat sambutan baik dari adik-adik remaja, kira-kira seramai 60 orang peserta sekitar Manjoi telah hadir.

Dua orang ahli panel telah dijemput bagi mengisi slot 1; Forum : Bicara Cinta iaitu Ustaz Munawir Salehudin dari Sekolah Menengah Agama Dr.  Nazrin Shah, Kg. Gajah dan penceramah dalam slot Ceramah Agama di radio Perak FM serta Ustazah Rozaidah Mohd Radzi dari Sekolah Menengah Agama Raja Perempuan Taayah. Sementara untuk slot 2, Ceramah Bercinta Hingga Ke Syurga telah disampaikan oleh Ustaz Munawir Salehudin sendiri.

Seminar bermula pada jam 9 pagi dan berakhir lebih kurang jam 1.30 petang dengan alunan selawat ke atas Nabi SAW dan bacaan doa oleh ustaz sendiri. Setiap peserta telah menerima sijil penyertaan seminar yang disampaikan oleh penceramah, pengerusi dan pengarah MESRA sendiri.

Sekalung tahniah dan syukran kepada seluruh ahli jawatankuasa yang telah bertungkus lumus menjayakan seminar ini. Tidak lupa kepada penyumbang tidak kira dari segi tenaga, kewangan dan material sehingga berjayanya Seminar Mencari Cinta.

Semoga matlamat MESRA memberi kesedaran kepada remaja tentang bahana cinta tidak berlandaskan Islam dan memberi kesedaran gejala sosial zina dan buang anak akan terlaksana dan membantu memimpin remaja ke arah cinta yang lebih hakiki iaitu cinta kepada Allah dan Rasul...

TAHNIAH! kepada semua peserta!



Semua AJK sedang membuat persiapan seminar




Pendaftaran peserta

Kira-kira seramai 10 orang wakil peserta lelaki selebihnya wanita.... 
Forum Bicara Cinta sedang berlangsung bersama moderator Cik Teh Humaira. Banyak maklumat telah disampaikan kepada adik-adik dari ahli panel berwibawa, syabas!

Rasanya banyak lagi persoalan cinta ingin diajukan oleh adik-adik....

Penyampain cenderahati kepada Ustazah Rozaidah Mohd Radzi dari Pengerusi MESRA
Penyampaian cenderahati kepada Ustaz Munawir Salehudin

Persembahan 'slide' dari Ustaz Munawir memang menarik
Khusyuk betul peserta lelaki menghayati makna cinta hakiki...
Ceramah bersahaja dan ceria dari ustaz, tempoh ceramah 2 jam terasa cepat berlalu
Penyampaian sijil penyertaan dari ustaz
Penyampaian sijil penyertaan dari Pengarah Program
Penyampaian sijil penyertaan dari Pengerusi MESRA
Bacaan doa dipimpin oleh Ustaz MUuawir semoga adik-adik semua bertemu jodoh yang beriman...



 Jamuan tengahari disediakan...

Bergambar kenangan semua AJK Pelaksana... bertemu program akan datang....

Thursday, February 24, 2011

ANDA PERNAH BERCINTA?

Dengan cinta kenal Pencipta
Rasa bahagia hakiki
Dengan cinta kenal Rasulnya
Syafaat di akhirat nanti
Cinta manusia
Fitrah hakiki

Sejauhmana CINTA kita pada Ilahi?
Bagaimana CINTA manusia harus diurusi?
Nantikan jawapannya dalam "SEMINAR MENCARI CINTA"

*pasangan di awal perkahwinan
*pasangan di alam pertunangan
*pasangan di awal perkenalan
*mereka yang masih tercari-cari makna CINTA sebenar


27 Februari 2011
8.30 pagi - 1.00 petang
Pusat Motivasi At-Taqwa
*tempat adalah terhad*